Cari:
Chen Long, Jiang Yanjiao Menjuarai Terbuka China 2010
2010-12-09 10:55:51 CRI Cetak

Pertandingan akhir badminton perseorangan lelaki Terbuka China 2010 telah berakhir pada 5 Disember lalu. Chen Long dan Bao Chunlai, kedua-dua pemain dari negara tuan rumah menyajikan pertarungan yang sengit selama satu jam 15 minit. Akhirnya, Chen Long, walaupun kalah dalam set pertama, berjaya menghambat lawannya dengan memenangi set kedua dan ketiga (19:21, 21:14 dan 21:16), sekali gus berjaya dinobatkan sebagai juara perseorangan lelaki.

Sebelum ini, Chen Long dan Bao Chunlai telah bertemu sebanyak tiga kali dalam pertandingan antarabangsa. Bao Chunlai mendominasi sejarah pertarungan kedua-dua mereka dengan memegang rekod 2:1. Tetapi, Chen Long merebut kemenangan dalam pertandingan yang terkini, iaitu China Masters 2010. Dalam satu-satunya pertarungan yang dimenanginya melawan Bao Chunlai, Chen Long membelasah lawannya itu dengan mata 2:0.

Dalam pertandingan akhir Terbuka China 2010 yang berakhir baru-baru ini, Bao Chunlai kembali menunjukkan permainan yang pantas, Chen Long sebaliknya kelihatan melakukan kesilapan agak banyak. Seterusnya, Chunlai berjaya mendahului lawannya itu dengan mata 11:5 ketika sampai sesi rehat. Kemudian, Chunlai terus menguasai gelanggang dengan melakukan pukulan yang tepat pada garisan, manakala pertahanannya juga cukup mantap sehingga tidak membuka peluang langsung kepada Chen Long. Akhirnya, beliau memenangi mata terkahir dalam set pertama dengan sebuah "drop" di jaring, dan mencapai kemenangan mudah dengan mata 21:9.

Dalam set kedua, Chunlai tetap mengekalkan permainannya yang agresif dan berjaya mendahului lawannya dengan mata 4:1. Tetapi kali ini, Chen Long segera menyusun taktiknya sehingga berjaya merebut empat mata berturut-turut, iaitu mendahului Chunlai dengan mata 5:4. Seterusnya, Chunlai berusaha menghambat Chen Long, dan usahanya berhasil dengan menyamakan mata sebanyak beberapa kali. Cuma,  setiap kali mereka bermain seri, beliau segera diserang dengan hebat oleh Chen Long. Ketika berhempas pulas menghambat pada mata 13:14, Chunlai tidak dapat bertahan lagi, dan kelihatan kekurangan stamina. Akibatnya, beliau berturut-turut melakukan kesilapan sehingga "menghadiahkan" enam mata kepada lawannya, termasuk mata set. Walaupun berjaya menyelamatkan mata set yang pertama, Chunlai tetap ditumbangkan dalam set kedua setelah beliau gagal melakukan "drop" di jaring. Dengan demikian, Chen Long memenangi set kedua dengan mata 21:14.

Dalam set ketiga, kedua-dua pemain tersebut saling menghadiahkan tiga mata kepada lawan disebabkan masing-masing melakukan kesilapan sehingga bermain seri pada mata 3:3. Kemudian, Chen Long melancarkan serangan yang pantas dan berjaya merebut lima mata berturut-turut. Beliau mengekalkan dominasi tersebut hingga masuk ke sesi rehat dengan mata 11:7.

Selepas bertukar gelanggang, Chunlai berusaha gigih menghambat Chen Long sehingga perbezaan antara mereka hanya tinggal satu mata sahaja. Tetapi, Chen Long menunjukkan permainan yang lebih berinisiatif dengan melakukan "smash" yang cantik bertalu-talu. Chen Long sekali lagi meninggalkan lawannya dengan mata 20:15. Walaupun diselamatkan dengan satu mata set, Chen Long tetap dapat menundukkan Chunlai dengan mata 21:16 setelah Chunlai membuat pukulan dari jaring ke luar garis belakang.

Pada masa yang sama, dalam pertandingan akhir perseorangan wanita, Jiang Yanjiao dari China, sebagai juara bertahan telah berjaya menundukkan rakan sepasukannya, Wang Shixian dengan mata 2:0, iaitu 21:16 dan 21:19. Ketika bertarung dalam set kedua, Jiang Yanjiao pernah ketinggalan 7 mata, tetapi tetap mengekalkan semangat yang gigih untuk menghambat lawannya, dan usahanya berhasil dengan kemenangan 21:19.

Dengan demikian, Jiang Yanjiao sudah tiga kali berturut-turut menjuarai Badminton Terbuka China.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China